Welcome, Guest. (SIGN IN | Join)

 

 

Urus Rumah With Hani (L127)

RM25.00
Price in points: 25 points
Weight: 0.24 kg
978-967-369-415-0
116 pieces
+
Add to wish list
Panduan lengkap urus rumah tanpa stres, langkah demi langkah, dan jimat.
 
SEPENUHNYA infografik dan berwarna! ​
 
 
#KemasRumahWithHani #TipMasak2Hani #UrusDuitWithHani
 

Belajar bagaimana merancang pengurusan rumah, makanan, dan kewangan.

 

Ramai antara kita yang tidak gemar mengemas rumah kerana terlalu banyak barang yang perlu diurus. Tetapi sebilangan daripada kita tidak dapat berhenti membeli barang baru. Melihat kepada keadaan ini, Dr. Hani Mynis mencurahkan segala ilmu pengurusan rumah yang diambil daripada pengalamannya sendiri dan tunjuk ajar orang tuanya.

Beliau menyatakan, sekiranya kita mengetahui teknik pengurusan rumah yang efektif dan sistematik, kerja-kerja mengurus rumah tidak menjadi suatu tekanan dan perkara yang memenatkan. 

 

6 Tip Untuk Rumah Sentiasa Kemas dan Cantik! 

  1. Sediakan jadual pembersihan rumah harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Simpan log pembersihan untuk setiap barang yang perlu dibuat pembersihan rapi.

  2. Pastikan setiap barang ada ‘rumahnya’. Biasakan selepas ambil barang letak kembali barang tersebut di ‘rumahnya’. 

  3. Buat pembersihan sambil-sambil. Sambil memasak, sambil basuh pinggan mangkuk. Pastikan sinki sentiasa kosong. 

  4. Jika kekurangan ruang, gunakan setiap inci ruang dan dinding untuk penstoran. Gunakan ruang bahagian dalam pintu kabinet dan gunakan ruang vertikal sebaik mungkin. 

  5. Less is more. Kurangkan barang yang mempunyai fungsi yang sama. Buang barang yang tiada fungsi.

  6. Agihkan tugas mengemas kepada seisi rumah. Berikan tanggungjawab mengemas kepada setiap orang.

Bagi kita bila mendengar orang menulis tentang ‘Tip Mengemas’, ‘Cara Susun Perabot di Rumah’ mungkin biasa bagi kita. Tapi bagi sesetengah orang, mengemas juga ada falsafahnya yang tersendiri.

Marie Kondo, penulis Magic Life-Changing of Tidying, membentangkan falsafahnya yang unik dan memperkenalkan pembaca kepada asas-asas kaedah KonMarinya. Ia telah mengubah rumah dan kehidupan berjuta-juta orang di seluruh dunia. Beliau memberi tumpuan kepada apa yang ingin anda simpan, bukan apa yang anda ingin buang. Tanyalah diri anda jika ada sesuatu yang ‘Spark Joy” terhadap barang-barang ketika anda mengemasnya.

Ok, bercakap mengenai mengemas, susun atur dan barang-barang yang kita suka dan tidak suka, Dr. Hani Mynis dari Malaysia ada menulis satu buku yang terbaharu- Urus Rumah with Hani, iaitu buku yang membantu suri rumah, ibu-ibu dan suami isteri yang suka mengekalkan rumah dalam keadaan kemas, bersih dan selesa.

Dr. Hani menulis, jika tidak kena caranya, boleh jadi hal-hal mengurus menu pemakanan, membersihkan rumah, merancang kewangan akan menjadi satu beban yang berat dan memenatkan.

“Semua ini boleh dielakkan jika kita temui satu teknik pengurusan rumah yang efektif dan sistematik. Malah ia boleh jadi satu kerja yang seronok!” kata beliau.

 
 
ISI KANDUNGAN
 

Bahagian 1: Pengurusan Makanan

• Perancangan Menu

• Pembelian Bahan Mentah

• Penyediaan Awal Bahan Masakan

• Proses Menyediakan Hidangan

 

Bahagian 2: Pengurusan Pembersihan Rumah

Bahagian 3: Pengurusan KewanganKandungan

 

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:

 

 

 

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI*

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 *Order akan sampai mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Mahu tahu lebih lanjut? KLIK DI SINI

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI