Kapal Terakhir Di Dunia Episod 2 #(L33)

RM30.00
Price in points: 30 points
Weight: 0.26 kg
9789672459187
111 pieces
+
Add to wish list

Tajuk : Kapal Terakhir Di Dunia Episod 2

ISBN : 9789672459187

Penerbit : Iman Publication

Penulis : Teme Abdullah

Muka Surat : 339

Halaman : Hitam Putih

Tahun Terbit : 2021

Format : Softcover

Berat : 0.26 kg

Dimensi (Cm) : 19 cm x 12.5 cm x 2.3 cm 

====================

 

Jika ada satu sistem yang gagal berfungsi, seluruh Bokor turut lumpuh.

Itulah yang sedang dialami Bokor - kapal gergasi berusia 571 tahun yang menjadi tempat berlindung semua manusia. Sementara sistem jentera dibaik pulih, Aria bersama beberapa wakil sektor laiin mempertaruhkan nyawa untuk mendapatkan bekalan air bersih daripada sumber luar.

Tanpa diduga, pengalaman di luar Bokor menjadi mimpi ngeri buat Aria. Keadaan semakin meruncing apabila Aria dituduh sebagai pembawa bala kepada Sektor Biru. Penyakit adiknya pula bertambah parah.

Ketika situasi Aria semakin menekan, Vanessa hadir menjanjikan tawaran bersyarat. Adiknya boleh sembuh sepenuhnya, jika Aria bersetuju turuti permintaan Vanessa.

"Percayalah, Aria. Tiada penyesalan yang akan menghantui kau lagi... jika kau pilih jalan ini."

Aria sedar, pilihannya kali ini ialah peperangan melawan akalnya sendiri.

TEME ABDULLAH

Architecture  |  Artist, Author  |  temeabdullah.com

Teme Abdullah adalah nama pena beliau. Nama tersebut digunakan sebagai merahsiakan identiti sebenar beliau. Berkecimpung dalam dunia penulisan sejak 2008 lagi. Bermula daripada penulisan blog, Teme berkongsi komik dan doodle yang dilukis beliau sehinggalah hari ini Teme telah menghasilkan 10 buah buku termasuk novel terbarunya, Kapal Terakhir Di Dunia.

Nama Teme dalam dunia perbukuan tidak asing lagi bermula dari karya pertama beliau iaitu Pelukis Jalanan. Beliau telah berkongsi suka duka, jerit payah pengalaman belajar jauh dari tanah air dan keluarga iaitu di London melalui penceritaan yang menarik. Teme ingin membuktikan ‘orang melukis’ juga boleh pergi jauh dan berjaya dalam hidup.

Tidak terhenti di situ, Teme terus menginspirasikan lebih ramai anak muda dengan penghasilan buku-buku seterusnya. Menceritakan pengalaman beliau dalam meneruskan cita-cita menjadi arkitek dan manusia yang bermanfaat kepada ramai orang.

 

Di sebalik tabir penghasilan novel Kapal Terakhir Di Dunia

 

 

Aras Lantai 

Aras Lantai kapal Bokor dibahagikan kepada 3 sektor: Sektor Biru, Sektor Kuning, dan Sektor Hijau. Sektor-sektor ini merupakan ruang kuarantin berasingan bagi manusia-manusia yang menghidap penyakit tertentu. Mana-mana sektor dilarang sama sekali untuk membanding-bandingkan penyakit antara sektor berbeza. Malah, telah diwujudkan peraturan khas di atas Bokor yang melarang manusia-manusia di Aras Lantai memperkatakan apa-apa pun mengenai penyakit di sektor masing-masing kepada sektor berlainan.

 

  

Sektor Biru

Setiap sektor dipertanggungjawabkan dengan tugasan yang berbeza. Peranan tersebut disusun bersesuaian dengan kesakitan dan kemampuan tubuh badan manusia-manusia yang dikuarantin di dalamnya. Sektor Biru menjalankan tugas mengumpul sumber protein utama buat bekalan tenaga manusia di atas Bokor. Tugasan tersebut memerlukan mereka untuk keluar ke laut dan berhadapan dengan risiko serangan serta jangkitan daripada luar.

 

 

"Blok-blok perumahan ini didirikan tinggi. Bumbung rata blok perumahan berbaki 40 meter dengan kawasan siling Sektor Biru yang penuh dengan paip-paip besi pelbagai guna. Sekali tengok, blok-blok ini kelihatan seperti diletakkan di atas tiang-tiang tinggi. Tiang-Tiang yang mengangkat blok itu sahaja sudah setinggi 30 meter. Dan di atas tiang-tiang itu barulah didirikan blok-blok perumahan setinggi 30 meter lagi. Petak rumah Aria pula terletak di tingkat atas sekali. Dari tingkat atas sekali ke siling sektor pula berbaki lagi 40 meter. Menjadikan ruang tertutup Sektor Biru ini lebih kurang 100 meter tingginya."- Petikan Bab Pemuda Harapan Sektor

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:

 

 

 

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI*

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 *Order akan sampai mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Mahu tahu lebih lanjut? KLIK DI SINI

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI