KOMBO: Fadilat Amali

RM145.00
Price in points: 145 points
kombo-fadilat-ilmiah
10 pieces
+
Add to wish list

Tajuk : KOMBO: Fadilat Amali

ISBN : kombo-fadilat-amali

Format : Hardcover

 

KOMBO: Fadilat Amali merangkumi empat buah buku iaitu:

1. Fadilat Amal
2. Fadilat Sedekah
3. Muntakhab Ahadis
4. Fadilat Haji Umrah Dan Ziarah

 

SINOPSIS

 

1. Fadilat Amal

 

Huraian tentang Fadilat Amal berdasarkan hadis-hadis sahih dan ayat-ayat Al-Quran serta sirah pada zaman Rasulullah dan para sahabat.

 

Kitab Fadilat Amal berkisahkan tentang beberapa kisah para sahabat khususnya tentang para sahabat yang muda dan sedikit tentang keadaan amalan agama wanita-wanita mereka. Sekiranya mereka yang gemarkan cerita-cerita membaca kisah tersebut sebagai ganti kepada kisah yang sia-sia lagi dusta maka amalan mereka itu akan menjadi asbab untuk peningkatan agama dalam diri mereka. 

 

Begitu juga wanita-wanita di rumah dapat memperdengarkan kisah-kisah tersebut kepada anak-anak sebagai ganti kepada cerita-cerita dongeng. Ini akan mewujudkan keagungan dan kecintaan terhadap para sahabat dalam hati hati mereka serta kegemaran terhadap hal-hal agama.

 

2. Fadilat Sedekah

 

Buku Fadilat Sedekah adalah tentang beberapa lembaran yang ditulis berkenaan fadilat mengimpakkan harta di jalan Allah. Buku ini disediakan dan disiapkan terjemahannya ke dalam Bahasa Melayu setelah melalui pelbagai tahap dan ragam yang perlu ditempoh.

 

Kitab ini merupakan siri keeempat dalam senarai kitab-kitab yang telah diterjemah ke dalam Bahasa Melayu dibawah naungan Maktabah Ilmiah.

 

Kita Fadilat Sedekah ini ialah tentang bagaimana setiap orang beriman dapat mengenal dan memahami nilai sebenar membelanjakan diri dan harta ke jalan Allah. Pada hakikatnya diri dan harta kita adalah pinjaman daripada Allah. 

 

3. Muntakhab Ahadis

 

Kitab Muntakhab Ahadis bermaksud hadis-hadis pilihan adalah kitab terjemahan daripada kitab asal dalam bahasa Urdu yang telah dipersetujui dalam mesyuarat. Terjemahan ini dilakukan dari kitab yang diijazahkan sendiri oleh penyunting kitab asal iaitu Hadrat Maulana Muhammad Sa'ad Kandhalawi. 

 

Untuk tujuan pemahaman dan penerangan yang lebih difahami, terdapat sedikit perubahan dan tambahan di mana-mana yang perlu. Ini adalah kerana kitab ini digunakan sebagai bahan bacaan ta'lim harian di rumah dan masjid yang pendengarnya terdiri daripada seluruh kumpulan masyarakat sama ada yang terpelajar atau buta huruf, orang bandar atau orang kampung, kanak-kanak dan orang tua. 

 

4. Fadilat Haji Umrah Dan Ziarah

 

 

Huraian tentang Haji Umrah dan Ziarah berdasarkan hadis-hadis sahih dan ayat-ayat Al-Quran serta sirah pada zaman Rasulullah dan para sahabat.

 

Kitab ini amat penting untuk dibaca dan dihayati kerana ia menjelaskan banyak perkara penting yang sepatutnya diketahui oleh seorang bakal haji. Bahkan sebagai dorongan kepada yang masih belum berkemampuan untuk menunaikan haji. 

 

Kitab ini diterjemahkan langsung daripada bahasa Urdu yang telah dibuat beberapa tahun yang lalu oleh beberapa orang ustaz. Dalam usaha menterjemahkan kitab ini, terjemahan secara perkata telah diutamakan sedaya mungkin. Bagaimanapun ada sedikit perubahan serta penambahan yang dibuat bagi tujuan pemahaman. 

 

PRODUK DALAM KOMBO INI:

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:

 

 

 

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI*

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 *Order akan sampai mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Mahu tahu lebih lanjut? KLIK DI SINI

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI